Saturday, 5 August 2017

RRJP & RM

Rangka Rancangan Jangka Panjang(RRJP) Dan Rancangan Malaysia(RM)

Rancangan Jangka Sederhana meliputi lima tahun berdasarkan rangka kerja yang ditetapkan oleh Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP). Ia merupakan dokumen utama untuk pelaksanaan program pembangunan kerajaan yang menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi dan juga siling peruntukan untuk program pembangunan sektor awam. Di samping, menggariskan peranan sektor swasta.

Kajian Separuh Penggal (KSP) bagi rancangan lima tahun dilaksanakan di pertengahan tempoh 5 tahun. Ia bertujuan untuk menyemak semula prestasi pencapaian rancangan dasar ekonomi makro dan sektoral serta membuat semula pelarasan strategik bagi mencapai semakan sasaran baru. Semasa Rancangan Malaysia Kesepuluh, kaedah 2 tahun rolling plan diperkenalkan bagi membolehkan keutamaan program dan projek disemak berdasarkan keupayaan kewangan semasa agar lebih efektif.

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) telah dilancarkan. Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRPJ) menetapkan teras dan strategi yang menyeluruh untuk mencapai sasaran dibawah agenda pembangunan  negara dalam jangkamasa panjang semasa era Dasar Ekonomi Baru yang bermula pada tahun 1971 sehingga tahun 1990. Sepanjang 20 tahun pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRPJ1) kerajan telah berjaya melaksanakan program-program jangka pendek yang meliputi dari  Rancangan Malaysia Kedua yang bermula pada tahun 1971 sehingga Rancangan Malaysia Kelima yang berakhir pada tahun 1990.

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) merupakan peringkat seterusnya yang dilancarkan pada tahun 1991. Ia meliputi Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) berlaku selama sepuluh tahun yang bermula pada tahun 1991 sehingga 2000. Antara program penting dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) adalah Wawasan 2020, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan Malaysia Keenam.


Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) telah dilancarkan pada April 2001, yang dilaksanakan selama 10 tahun dan berakhir pada 2010.  Ia meliputi pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010). Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) merupakan fasa kedua usaha negara untuk mencapai Wawasan 2020. Dasar Wawasan Negara turut diperkenalkan didalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3). Antara teras dan dasar yang strategik yang terkandung didalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) adalah membina bangsa yang berdaya tahan, menggalakkan perwujudan masyarakat yang saksama, mengekalkan pertumbuhan ekonomi, menghadapi persaingan antarabangsa, membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, memperkukuhkan pembangunan sumber manusia dan meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan.


RANCANGAN MALAYA PERTAMA  (1956 – 1960)     
Rancangan Malaya Pertama dilancarkan mengikut projek-projek di bawah suatu perancangan pelaburan sektor awam yang bersepadu. Matlamatnya adalah untuk membangunkan ekonomi negara dengan memberi penekanan kepada sektor luar bandar dan mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.. Rancangan Malaya Pertama telah menampakkn kejayaan cemerlang dengan penubuhan dua agensi kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Kementrian Pembangunan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1956.

RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961 – 1965))
Rancangan Malaya Kedua mempunyai matlamat dan tujuan yang sama seperti Rancangan Malaya Pertama iaitu memajukan penduduk luar bandar untuk merapatkan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar. Rancangan ini diseliakan oleh satu jawatankuasa antara jabatan dengan bantuan sebuah urusetia ekonomi dan pakar perunding Bank Dunia. Rancangan Malaya Kedua menggunakan dua kaedah, iaitu perancangan dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Sebelum pelaksanan Rancangan Malaya Kedua satu kajian menyeluruh telah dilaksanakan ke atas perkembangan ekonomi negara bagi beberapa tahun sebelumnya.

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966 – 1970)
Rancangan Malaysia Pertama (RMP) memberi tumpuan kepada tenaga manusia dan program ke atas setiap sector ekonomi dan memberi penekanan ke atas aspek integrasi antara penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.  Tumpuan diberikan kepada pertumbuhan ekonomi agar dinikmati oleh golongan miskin. Satu program pembangunan khusus telah digubal bagi meningkatkan kebajikan semua rakyat sama ada sektor awam atau swasta.  Rancangan Malaysia Pertama(RMP) menyaksikan penubuhan beberapa agensi, iaitu Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI),Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputra, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS),Lembaga Penasihat Tarif.


RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971 – 1975)

Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kawasan dan kaum yang dianggap sebagai punca pencetus Peristiwa 13 Mei 1969. Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan bagi membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum , menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan memulihkan ekonomi yang tidak seimbang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Tumpuan lebid diberikan terhadap sektor awam terutama dalam bidang perdagangan dan perindustrian. Berberapa agensi turut ditubuhkan seamasa Rancangan malaysia kedua antaranya Lembaga Padi dan Beras Negara(LPN), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) manakala Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) ditubuhkan pada tahun 1974. Didalam tempoh rancangan ini Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNKK) telah bertambah 7.4%.

RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976 – 1980)
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990) telah diperkenalkan semasa Rancangan Malaysia Ketiga dilancarkan. Ia merupakan peringkat kedua pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sektor pertanian dan perindustrian terus digiatkan bagi mendapatkan pendapatan, produktiviti dan peluang pekerjaan. Dalam tempoh pelaksanaan ekonomi Malaysia berkembang dengan kadar purata 7.8% terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar.

RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981 – 1985)
Dasar dan strategi baharu diwujudkan seperti mengadakan sistem mini estet pertanian, koperasi dan strategi pembangunan luar bandar yang sejajar dengan Dasar Pertanian Negara dan Dasar Halacara Baru bagi membangunkan kawasan kampung dan luar bandar. Berdasarkan data yang diperoleh dari Malaysia Kita (2014) kadar pendapatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berkembang pada kadar hanya 5.8% kerana kelembapan ekonomi.

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986 – 1990)
Pelaksanaan dan perancangan Rancangan Malaysia Kelima berasaskan pertumbuhan yang lebih rendah kerana kedudukan ekonomi yang masih lagi meleset. Rancangan Malaysia Kelima berteraskan perpaduan negara dan mencapai objektif Dasar Ekonomi Baru. Rancangan Malaysia Kelima berperanan dalam meningkatkan sektor swasta menerusi kelonggaran peraturan dan kawalan dari segi hak milik syarikat, perlesenan dan kegiatan ekonomi. Rancangan Malaysia Kelima turut mengiatkan semula sektor pertanian dengan melonggarkan syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang, penggunaan tanah lombongbagi aktiviti pertanian dan megusahakan sawah terbiar dengan tanaman yang sesuai. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) merupakan strategi yang diperkenalkan bagi meningktkan produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Rancangan Malaysia Kelima merupakan peringkat terakhir Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1).

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991 – 1995)
Rancangan Malaysia Keenam merupakan fasa pertama Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang dibentangkan di Parlimen pada 10 Julai 1991. Rancangan Malaysia Keenam merangkumi  Dasar Pembangunan Negara. Semasa pelaksnaan Rancangan Malaysia Keenam cabaran  dalam mengekalkan proses pertumbuhan yang dinikmati oleh negara terpaksa dihadapi kerana kemelesetan ekonomi. Strategi pembangunan Rancangan Malaysia Keenam merangkumi dasar-dasar untuk mempelbagaikan industri asas,meningkatkan sumber pembangunan manusia,penggunaan teknologi baharu dan mengurangkan ketidakseimbangan struktur dalam menumpukan usaha ke arah meningkatkan produktiviti dalam sektor pertanian,perindustrian serta kemajuan sains dan teknologi,di samping menggariskan program-program pemeliharaan dan perlindungan alam sekitar. Strategi  bagi mencapai Rancangan Malaysia Keenam adalah seperti meningkatkan daya kecekapan dan daya saing ekonomi, menggalakkan sektor swasta supaya memainkan peranan utama dalam pembangunan, mengurangkan penglibatan sektor awam, menjamin pertumbuhan ekonomi stabil, mengekalkan dasar yang bebas dan longgar bagi iklim pelaburan yang baik,memajukan program pembangunan industri dan pengunnaan teknologi canggih bagi meningkatkan produktiviti yang bermutu tinggi dan mengukuhkan pasaran modal dan kewangan bagi meningkatkan tabungan negeri.

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (1996 – 2000)
Rancangan Malaysia Ketujuh melihat kepada konsep pensyarikatan Malaysia, perkhidmatan awam dan kerajaan, dalam terus menyediakan infrastrukturyang diperlukan bagi persaingan di peringkat global. Rancangan Malaysia Ketujuh juga berlandaskan konsep pembangunan seimbang. Antara strategi-strategi yang diguna pakai didalam Rancangan Malaysia Ketujuh adalah peralihan daripada strategi pertumbuhan yang oleh pelaburan untuk pertumbuhan yang lebih produktiviti, peralihan kepada pengeluaran berskala besarbagi eksport oleh industri-industri Malaysia dan memberluaskan dan memperkayakan asas sains dan teknologi. Penekanan juga diberikan kepada sektor swasta yang menunjukkan prestasi yang  yang memberangsangkan dari sudut pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (2001 – 2005)
Rancangan Malaysia Kelapan merupakan fasa pertama Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRPJ3) (2001-2010). Semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kelapan eknomi Malaysia menghadapi cabaran yang besar kesan dari peningkatan globalisasi, liberalisasi dan kemajuan pesat dalam teknologi.Rancangan Malaysia Kelapan lebih menumpukan kepada pembangunan ekonomi berasaskan penawaran tenaga buruh yang berkualiti, meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mempercepatkan pembangunan sektor swasta yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Didalam aspek sosial Rancangan Malaysia Kelapan menekankan usaha perkukuhkan nilai – nilai positif dalam kalangan rakyat yang menbentuk masyarakat yang bersatu padu.
Dasar dan strategi Rancangan Malaysia Kelapan ialah memberikan tumpuan untuk mencapai pertumbuhan yang mampan dengan berdaya tahan. Rancangan Malaysia Kelapan memberi tumpuan kepada inisiatif  sektor awam dan swasta bagi menyediakan rangka dasar yang kodusif serta perkhidmatan yang berkualiti.
Antara teras pembangunan Rancangan Malaysia Kelapan Malaysia adalah peningkatan dalam saya saing sektor utama, pembangunan sumber manusia dan kualiti hidup,pengekalan kestabilan ekonomi makro,pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat,pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti, perluasan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi,pencapaian pembangunan mampan, menangani masalah isu sosial dan pengukuhan nilai moral dan etika.

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006 – 2010)
Rancangan Malysia Kesembilan bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan krisis kewangan dan kenaikan harga minyak.
Rancangan Malaysia mempunyai lima teras utama antaranya meningkatkan ekonomi dalam rantaian yang lebih tinggi,meningkatkan keupayaan pengatahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup, mengukuhkan keupayaan institusi pelaksanaan dan menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.

RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (2011 – 2015)
Rancangan Malaysia Kesepuluh mengunapakai sepuluh idea utama bagi mencapai matlamatnya antaranya ekonomi dipacu oleh faktor dalam negeri di samping mengambil kira persekitaran luar negara. Kedua, memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di arena antarabangsa. Ketiga, transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pengkhususan. Keempat, menjayakan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi. Kelima, memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang. Keenam, memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan yang terjejas. Ketujuh, pertumbuhan bertumpu,pembangunan inklusif. Kelapan, menyokong perkongsian pintar dan berkesan. Kesembilan, menghargai khazanah alam sekitar. Akhir sekali, kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.
Rancangan Malaysia Kesepuluh  menggunakan pendekatan berasaskn outcome akan diguna pakaj bagi perancangan , pengagihan sumber , pemantauan dan penilaian kemajuan. Bagi memastikan akauntibiliti petunjuk – petunjuk prestasi utama (KPI) pengukuran outcome akan dikaitkan kepada individu dan dipantau secara berkala.
Melalui dasar dan peraturan yang efektif untuk sektor swasta kerajan memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam menyediakan persekitaran yang sesuai kepada sektor swasta. Di samping itu, peralihan dalam perbelanjaan sektor awan daripada infrastruktur fizikal kepada bukan fizikal terutama dalam program peningkatan kemahiran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembiayaan modal teroka dan pemboleh inovasi yang lain.

RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2016 – 2020)
Rancangan Malaysia Kesebelas telah dibentangkan pada 21 Mei 2015. Rancangan Malaysia Kesebelas dilihat menjadi transformasi terakhir dalam matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang Wawasan 2020. Bagi merealisasikan Rancangan Malaysia Kesebelas Transformasi Nasional merupakan falsafah dan tunjang utama. Terdapat enam program ysang dirancang dan yang akan dilaksanakan didalam Transformasi Nasional antaranya Transformasi Kerajaan, Transformasi Ekonomi, Transformasi Politik, Transformasi Komuniti, Transformasi Sosial dan Transformasi Fiskal.
Rancangan Malaysia Kesebelas telah menyediakan enam strategi tumpuan antaranya memperkukuhkan inklusiviti ke arah masyarakat sakasama. Kedua, meningkatkan kesejahteraan rakyat. Ketiga,meningkatkan pembangunan modal insanuntuk negara maju. Keempat, menuju ke arah hijau bagi meningkatkan kemampatan dan daya saing. Kelima, memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi. Akhir sekali, memperkasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran.
Bagi memastikan enam strategi Rancangan Malaysia Kesebelas mencapai matlamatnya, pelaksanaan pelaksanaan Game Changer  telah dirancang sebagai satu lonjakan yang signifikan antara nya menigkatkan produktiviti, menjana kekayaan melalui inovasi, mempertingkatkan peratusan masyarakat kelas menengah, menteraskan pendidikan dan latihan teknikal TVET.

No comments:

Post a Comment