DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
Rangka Rancangan Jangka
Panjang Kedua (RRJP2) yang telah dilancarkan pada semasa pelaksanaan Rancangan
Malaysia Keenam, adalah berasaskan Dasar Pembangunan Nasional bagi mengantikan
era Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama Dasar Pembangunan Nasional adalah
membentuk masyarakat bersatu padu di samping membina kestabilan politik,
ekonomi dan sosial.
Dasar Pembangunan Nasional
(DPN) digubal merangkumi perkara – perkara seperti mewujudkan pertumbuhan
ekonomi yang seimbang dan pengagihan yang saksama, memastikan pembangunan yang
seimbang bagi semua sektor ekonomi yang utama dan pertumbuhan yang saksama,
mengurangkan dan menghapuskan suasana ekonomi yang tidak seimbang serta
menggalakan perkongsiaan yang adil dari pembangunan negara, menggalak dan
mengukuhkan integrasi nasional menerusi pengurangan atau penghapusan jurang
perbezaan pembangunan ekonomi di antara negeri – negeri dan kawasan – kawasan, membangunkan sebuah masyarakat yang maju dan
dapat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, memajukan pembangunan sumber
manusia dan mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif, menjadikan
sains dan teknologi sebagai teras penting dalam perancangan dan pembangunan
sosioekonomi dan memastikan perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka
panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
Dasar Pembangunan Nasional
memberi fokus terhadap strategi hasil pencapaian yang berkualiti dan
berkekalan, persaingan dalam pasaran antarabangsa dan Wawasan 2020 (menjelang
tahun 2020, Malaysia akan muncul sebagai sebuah negara maju).
No comments:
Post a Comment