Saturday, 5 August 2017

Dasar Pembangunan Belia

DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA
Dasar Pembangunan Belia Negara diwujudkan untuk melahirkan generasi belia yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan memastikan keupayaan belia menggembeleng kekuatan, ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara.
Dasar Pembangunan Belia Negara bermatlamat untuk mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah. Dimana belia mempunyai sikap bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela, patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran agama,bangsa dan negara selaras dengan Wawasan 2020.
Bagi mencapai Dasar Pembangunan Belia Negara beberapa strategi akan dilaksanakan antaranya pembangunan ilmu, pembentukan sikap, pembangunan kemahiran dan keusahawanan,memupuk gaya hidup sihat, kemudahan interaksi sosial, perkongsian dalam pembangunan dan jaringan hubungan antarabangsa.
Dasar Pembangunan Belia Negara mengunakan prinsip menyelaras semua program dan aktiviti berasaskanstrategi dan pelan tindakan yang ditentukan berteraskan prinsip – prinsip Rukun Negara dan dasar – dasar utama yang berkaitan. Dasar Pembangunan Belia Negara juga menjadi panduan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti atau program.
                                      

                      

No comments:

Post a Comment