Saturday, 5 August 2017

Pengenalan

PENGENALAN

Pembangunan merupakan satu proses yang sangat penting dalam sesebuah negara bagi membolehkan negara tersebut mencapai kemajuan dari pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya. Tambahan lagi, perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal dan kebendaan. Pembangunan akan berubah dari masa ke semasa dengan begitu cepat dan pesat mengikut peredaran zaman.

Pembangunan mempunyai pelbagai maksud dan dimensi. Biasanya, pembangunan merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau negara daripada keadaan mundur kepada maju. Perubahan yang dimaksudkan meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi dan sebagainya. Selain itu,perubahan ini juga merujuk kepada aspek-aspek fizikal dan aspek kebendaan. Secara keseluruhannya, pembangunan ekonomi negara yang seimbang menjadi matlamat utama dalam pengubahan dasar pembangunan ekonomi negara sejak kemerdekaan sehingga kini.

 Pada hari ini, rakyat Malaysia dapat menikmati kesejahteraan hidup adalah hasil daripada pendekatan pembangunan negara yang dirancang sejak kemerdekaan dicapai.Secara keseluruhannya, pembangunan ekonomi yang seimbang menjadi matlamat utama dalam pengubahan dasar pembangunan ekonomi negara. Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan mula melaksanakan beberapa rancangan pembangunan negara untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik yang dihadapi oleh masyarakat tanah Melayu kesan daripada peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajah Brirish sebelum ini. Pembangunan negara dirancang melalui dua rancangan utama iaitu, Rancangan Malaysia Lima Tahun dan Rangka Rancangan jangka Panjang (RRJP). Sejak merdeka, sepuluh rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Pangjang telah dilaksanakan dengan jayanya.


Didalam tugasan ini kami akan menerangkan lebih lanjut berkenaan pembangunan negara yang bermula dari awal permulaan merdeka sehingga kini. Disamping itu, ia turut membincangkan rancangan – rancangan  pembangunan serta visi pembangunan. Dasar – dasar  utama negara dalam membangunkan ekonomi dan sosial untuk mendokong aspirasi kerajaan dalam pembentukan negara bangsa turut dibahaskan didalam tugasan ini.

No comments:

Post a Comment