PENCAPAIAN MALAYSIA SEPANJANG 10 RANCANGAN MALAYSIA
Sepanjang pelaksanaan
Rancangan Malaysia dari Rancangan Malaysia Pertama sehingga Rancangan Malaysia
Kesepuluh, 10 pencapaian dan matlamat dikecapi dan memberi manfaat kepada
seluruh masyarakat Malaysia antaranya nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
negara kini meningkat kepada RM1.1 trilion pada 2014 berbanding hanya RM71.1
bilion pada tahun 1970. Malaysia antara negara yang mencatat pertumbuhan
ekonomi iaitu purata kadar 6.2% setahun sejak 50 lima dekad yang lalu.Kedua, struktur
ekonomi negara beralih daripada sebuah negara dominan sektor pertanian yang
menyumbang 31.8 peratus kepada nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar pada tahun 1970 kepada sebuah negara
berasaskan pembuatan dan perkhidmatan yang menyumbang 76.5 peratus kepada Keluaran
Dalam Negeri Kasar (KDNK). Sektor pertanian menguncup kepada 9.2 peratus tahun
lepas. Ketiga, Pendapatan bulanan purata isi rumah pula meningkat lebih 20 kali ganda daripada RM264
sebulan pada tahun 1970, kepada RM6,141 sebulan pada 2014.Pendapatan penengah
atau median income sebulan juga meningkat kepada RM4,585 sebulan pada tahun
2014 berbanding RM166 pada tahun 1970.Keempat, sehingga Rancangan Malaysia Kesepuluh sebanyak 76.1 peratus daripada isi rumah keseluruhan
sudah memiliki kediaman manakala bagi isi rumah miskin pula, 75.3 peratus telah
berjaya mempunyai rumah sendiri.Kelima, sehingga 2015, 95.1 peratus daripada
penduduk seluruh negara mendapat akses bekalan air bersih dan 97.6 peratus
mendapat bekalan elektrik.Keenam, kadar literasi kini meningkat kepada 98
peratus daripada hanya 75 peratus yang boleh menulis dan membaca pada tahun
1970.Ketujuh, 27 peratus tenaga buruh mempunyai pendidikan terier berbanding
hanya 6 peratus pada tahun 1980 ketika penghujung Rancangan Malaysia Ketiga.Kelapan,
kadar pengangguran menurun kepada 2.9 peratus pada tahun 2014 daripada 7.4
peratus pada tahun 1970.Kesembilan, hak milik ekuiti Bumiputera dalam sektor
korporat meningkat sebanyak 10 kali ganda kepada 23.5 peratus pada 2011
berbanding 2.4 peratus pada 1970.Akhir sekali, kadar kemiskinan pula berkurang
kepada 0.6 peratus pada tahun 2014
daripada 49.3 peratus pada 1990.
No comments:
Post a Comment