Saturday, 5 August 2017

Rancangan Pembangunan Ekonomi

RANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI

Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, perbezaan jurang ekonomi antara kaum Melayu dengan kaum-kaum lain masih berterusan. Justeru, kerajaan telah memberikan tumpuan kepada pembangunan ekonomi luar bandar dengan matlamat untuk menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi agar dapat dinikmati oleh seluruh penduduk di Tanah Melayu. Rancangan pembangunan ekonomi dari tahun 1957 hingga tahun 1963 adalah untuk mengatasi masalah sosioekonomi seperti kemiskinan dan ketidakseimbangan ekonomi yang telah wujud akibat dasar kolonial British.

Rancangan pembangunan ekonomi adalah bertujuan menurunkan kadar kemiskinan dalam kalangan orang Melayu dan menyeimbangkan pembangunan ekonomi di bandar dan luar bandar, di samping menjaga keselamatan negara. Manakala dasar dan strategik pembangunan negara pula adalah bertujuan menghasilkan pembangunan yang seimbang dalam pelbagai sektor ekonomi supaya perpaduan kaum dan kestabilan politik dapat diwujudkan secara berterusan.

Rancangan pembangunan negara terbahagi kepada tiga peringkat dimana peringkat yang pertama dipanggil perancangan pra-merdeka yang meliputi Rangka Pembangunan


Persekutuan Tanah Melayu atau dipanggil Buku Kuning (1950 – 1955) dan sebahagian  dari Rancangan Malaya Pertama(1956 – 1960). Kemudian diikuti peringkat yang kedua, iaitu perancangan selepas merdeka  meliputi Rancangan Malaya Kedua (1961 – 1965) dan sebahagian Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970). Akhir sekali, peringkat ketiga iaitu perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru yang bermula didalam Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975) sehingga Rancangan Malaysia Kelima (1986 – 1990).

No comments:

Post a Comment