Saturday, 5 August 2017

Pelan Integriti Nasional

PELAN INTEGRITI  NASIONAL (PIN)
Pelan Integriti Nasiaonal digubal dan dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama daripada pelbagai sektor negara dan lapisan masyarakat supaya membudayakan integriti. Ia bertujuan menjadikan integriti sebagai budaya masyarakat, memperkukuh asas moral masyarakat dan negara, disamping meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, meningkatkan daya saing dan daya tahan negara dalam usaha menagani cabaran globalisasi.
Pelan Integriti Nasiaonal memberi fokus kepada peningkatan dan pemantapan etika serta inegriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Petunjuk prestasi utama (KPI) digunakan bagi menentukan keberhasilan usaha, manakala gerakan membudayakan integriti masyarakat Malaysia diukur mengunakan Bidang Keberhasilan Utama ( Key Result Area – KRA).
Pelan Integriti Nasiaonal mengunakan pendekatan laporan dan resolusi oleh stakeholder  terdiri dari pelbagai sektor masyarakat melalui konvesyen, persidangan, seminar, forum atau kursus integriti yang diadakan secara berkala. Selain itu, maklum balas melalui soal selidik dan kajian yang dijalankan terhadap para peserta konvesyen, persidangan dan kursus yang dijalankan. Akhir sekali, kajian mengenai nilai, etika dan integriti  yang dijalankan dari masa ke semasa atas tajuk – tajuk khusus dengan memilih sample secara rawak daripada pelbagai sektor masyarakat diseluruh negara turut diguna pakai.
Fasa kedua Pelan Integriti Nasiaonal yang bermula pasa 2009 dengan memperkenalkan lima tekad integriti iaitu tekad intgriti satu, memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara menyeluruh dan berkesan. Tekad integriti dua, meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi. Tekad integriti tiga, meningkatkan tadbir urus koporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat. Tekad integriti empat, memantapkan institusi keluarga dan komuniti. Tekad integriti lima, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
Namun disebalik usaha dalam pemantapan nilai – nilai murni sudah pasti ada faktor – faktor yang akan menjejaskan usaha tersebut. Terdapat lima faktor – faktor yang menjejaskan integriti salah satunya ialah individu. Ia berpunca dari kelemahan individu kerana kurang pendidikan, etika kerja lemah, tamak, dan tidak nampak kelemahan sendiri serta tekanan hidup. Selain itu, faktor budaya turut menjadi punca terjejasnya integriti. Ini kerana budaya masyarakat yang kurang menitikberatkan integriti yang perpunca dari sikap tidak ambil peduli, takut membuat laporan, enggan melaporkan kesalahan dan budaya angguk dan ampu. Tambahan lagi, faktor kepeimpinan dimana pemimpin kurang berteladan, arahan pemimpin yang melanggar prosedure dan peraturan dan cakap tak serupa bikin turut menjejaskan integriti. Selanjutnya, sistem dan prosedur turut menjadi punca kemerosotan integriti yang berpunca dari kurang ketulusan, kelemahan sistem, procedur dan faris panduan, kurang penguatkuasaan, penguatkuasaan berpilih, kurang pemantauan dan penilaian, keupayaan sumber manusia dan material yang terhad dan kerangka undang – undang lapuk dan percangahan dala undang – undang. Akhir sekali, faktor struktur dan institusi kerana struktur yang tidak kemas dan kurang fokus, matlamat yang tidak jelas dan munasabah, struktur lapuk, pertindihan skop, tugas dan tanggungjawab antara institusi, kurang kordinasi serta pertentangan matlamat antara institusi menyebabkan penyebaran nilai – nilai yang bertentangan.

No comments:

Post a Comment