Saturday, 5 August 2017

Dasar Kebudayaan Kebangsaan

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAAN
Dasar Kebudayaan Kebangsaan dihasilkan dengan mempertimbangkan fakta – fakta sejarah serantau dan kedudukan negara sebagai pusat tamadun serta pusat pertemuan untuk aktiviti perdagangan serantau. Dasar ini merupakan usaha untuk mewujudkan perpaduan dan kejiwaan kebangsaan.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan berteraskan tiga prinsip iaitu kebudayaan rakyat asal rantau ini yang bertitik tolak dari warisan kebudayaan Melayu sejak zaman – berzaman dan ditambah dengan kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu. Kedua, unsur – unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar yang bertepeatan dengan penduduk berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Arab dan lain – lain dalam pembentukan budaya kebangsaan. Akhir sekali, islam menjadi unsur penting dalam pembentukan budaya kebangsaan kerana kedatangan islam ke Tanah Melayu membawa satu perubahanterhadap pandangan hidup yang amat berarti dalam kalangan rakyat.
Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah untuk mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan, memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusian dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan mengunapakai strategi dan pelaksanaan seperti memulih, memelihara dan membangunkan kebudayaan ke arah menguatkan asas – asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan,pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya. Selain itu, meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha – usaha seluas –luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan. Tambahan lagi, mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Selanjutnya, membina budaya sosiobudaya tempatan di seluruh negara. Akhir sekali, meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Pembinaan kebudayaan merupakan asas yang penting dalam memupuk semangat perpaduan dan semangat cintakan negara dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Kebudayaan sangat penting kerana ia berkembang mengikut pemikiran, nilai, pandangan dan perubahan masyarakat  yang berbilang bangsa.

No comments:

Post a Comment