RANCANGAN
MALAYSIA KETIGA (1976 – 1980)
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (1971-1990) telah
diperkenalkan semasa Rancangan Malaysia Ketiga dilancarkan. Ia merupakan
peringkat kedua pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sektor pertanian dan
perindustrian terus digiatkan bagi mendapatkan pendapatan, produktiviti dan
peluang pekerjaan. Dalam tempoh pelaksanaan ekonomi Malaysia berkembang dengan
kadar purata 7.8% terhadap Keluaran Dalam Negeri Kasar.
RANCANGAN
MALAYSIA KEEMPAT (1981 – 1985)
Dasar dan strategi baharu diwujudkan seperti mengadakan
sistem mini estet pertanian, koperasi dan strategi pembangunan luar bandar yang
sejajar dengan Dasar Pertanian Negara dan Dasar Halacara Baru bagi membangunkan
kawasan kampung dan luar bandar. Berdasarkan data yang diperoleh dari Malaysia
Kita (2014) kadar pendapatan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berkembang pada
kadar hanya 5.8% kerana kelembapan ekonomi.
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986 – 1990)
Pelaksanaan dan perancangan Rancangan Malaysia Kelima
berasaskan pertumbuhan yang lebih rendah kerana kedudukan ekonomi yang masih
lagi meleset. Rancangan Malaysia Kelima berteraskan perpaduan negara dan
mencapai objektif Dasar Ekonomi Baru. Rancangan Malaysia Kelima berperanan
dalam meningkatkan sektor swasta menerusi kelonggaran peraturan dan kawalan
dari segi hak milik syarikat, perlesenan dan kegiatan ekonomi. Rancangan
Malaysia Kelima turut mengiatkan semula sektor pertanian dengan melonggarkan
syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara ladang, penggunaan tanah
lombongbagi aktiviti pertanian dan megusahakan sawah terbiar dengan tanaman
yang sesuai. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) merupakan strategi yang
diperkenalkan bagi meningktkan produktiviti, keupayaan dan kecekapan guna
tenaga tempatan. Rancangan Malaysia Kelima merupakan peringkat terakhir Rangka
Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1).
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991 – 1995)
Rancangan Malaysia Keenam
merupakan fasa pertama Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang
dibentangkan di Parlimen pada 10 Julai 1991. Rancangan Malaysia Keenam
merangkumi Dasar Pembangunan Negara.
Semasa pelaksnaan Rancangan Malaysia Keenam cabaran dalam mengekalkan proses pertumbuhan yang
dinikmati oleh negara terpaksa dihadapi kerana kemelesetan ekonomi. Strategi
pembangunan Rancangan Malaysia
Keenam
merangkumi dasar-dasar untuk mempelbagaikan industri asas,meningkatkan sumber
pembangunan manusia,penggunaan teknologi baharu dan mengurangkan
ketidakseimbangan struktur dalam menumpukan usaha ke arah meningkatkan
produktiviti dalam sektor pertanian,perindustrian serta kemajuan sains dan
teknologi,di samping menggariskan program-program pemeliharaan dan perlindungan
alam sekitar. Strategi bagi mencapai Rancangan
Malaysia Keenam adalah seperti meningkatkan daya kecekapan dan daya saing
ekonomi, menggalakkan sektor swasta supaya memainkan peranan utama dalam
pembangunan, mengurangkan penglibatan sektor awam, menjamin pertumbuhan ekonomi
stabil, mengekalkan dasar yang bebas dan longgar bagi iklim pelaburan yang
baik,memajukan program pembangunan industri dan pengunnaan teknologi canggih
bagi meningkatkan produktiviti yang bermutu tinggi dan mengukuhkan pasaran
modal dan kewangan bagi meningkatkan tabungan negeri.
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (1996 – 2000)
Rancangan Malaysia Ketujuh melihat kepada konsep
pensyarikatan Malaysia, perkhidmatan awam dan kerajaan, dalam terus menyediakan
infrastrukturyang diperlukan bagi persaingan di peringkat global. Rancangan
Malaysia Ketujuh juga berlandaskan konsep pembangunan seimbang. Antara
strategi-strategi yang diguna pakai didalam Rancangan Malaysia Ketujuh adalah
peralihan daripada strategi pertumbuhan yang oleh pelaburan untuk pertumbuhan
yang lebih produktiviti, peralihan kepada pengeluaran berskala besarbagi
eksport oleh industri-industri Malaysia dan memberluaskan dan memperkayakan
asas sains dan teknologi. Penekanan juga diberikan kepada sektor swasta yang
menunjukkan prestasi yang yang
memberangsangkan dari sudut pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (2001 – 2005)
Rancangan Malaysia Kelapan merupakan fasa pertama Rangka
Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRPJ3) (2001-2010). Semasa pelaksanaan
Rancangan Malaysia Kelapan eknomi Malaysia menghadapi cabaran yang besar kesan
dari peningkatan globalisasi, liberalisasi dan kemajuan pesat dalam teknologi.Rancangan
Malaysia Kelapan lebih menumpukan kepada pembangunan ekonomi berasaskan
penawaran tenaga buruh yang berkualiti, meningkatkan usaha penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dan mempercepatkan pembangunan sektor swasta yang
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Didalam aspek sosial Rancangan
Malaysia Kelapan menekankan usaha perkukuhkan nilai – nilai positif dalam
kalangan rakyat yang menbentuk masyarakat yang bersatu padu.
Dasar dan strategi Rancangan Malaysia Kelapan ialah
memberikan tumpuan untuk mencapai pertumbuhan yang mampan dengan berdaya tahan.
Rancangan Malaysia Kelapan memberi tumpuan kepada inisiatif sektor awam dan swasta bagi menyediakan
rangka dasar yang kodusif serta perkhidmatan yang berkualiti.
Antara teras pembangunan Rancangan Malaysia Kelapan
Malaysia adalah peningkatan dalam saya saing sektor utama, pembangunan sumber
manusia dan kualiti hidup,pengekalan kestabilan ekonomi makro,pembasmian
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat,pertumbuhan yang didorong oleh
produktiviti, perluasan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi,pencapaian
pembangunan mampan, menangani masalah isu sosial dan pengukuhan nilai moral dan
etika.
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006 – 2010)
Rancangan Malysia Kesembilan bermatlamat untuk terus
memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran
dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan krisis kewangan dan kenaikan
harga minyak.
Rancangan Malaysia mempunyai lima teras utama antaranya meningkatkan
ekonomi dalam rantaian yang lebih tinggi,meningkatkan keupayaan pengatahuan dan
inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, meningkatkan tahap dan
kemampanan kualiti hidup, mengukuhkan keupayaan institusi pelaksanaan dan
menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina
dan produktif.
RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (2011 – 2015)
Rancangan Malaysia Kesepuluh mengunapakai sepuluh idea
utama bagi mencapai matlamatnya antaranya ekonomi dipacu oleh faktor dalam
negeri di samping mengambil kira persekitaran luar negara. Kedua, memanfaatkan
kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di arena antarabangsa. Ketiga, transformasi
ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pengkhususan. Keempat, menjayakan
pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi. Kelima, memupuk,
menarik dan mengekalkan modal insan cemerlang. Keenam, memastikan peluang sama
rata dan melindungi golongan yang terjejas. Ketujuh, pertumbuhan bertumpu,pembangunan
inklusif. Kelapan, menyokong perkongsian pintar dan berkesan. Kesembilan,
menghargai khazanah alam sekitar. Akhir sekali, kerajaan umpama syarikat yang
berdaya saing.
Rancangan Malaysia Kesepuluh menggunakan
pendekatan berasaskn outcome akan
diguna pakaj bagi perancangan , pengagihan sumber , pemantauan dan penilaian
kemajuan. Bagi memastikan akauntibiliti petunjuk – petunjuk prestasi utama
(KPI) pengukuran outcome akan
dikaitkan kepada individu dan dipantau secara berkala.
Melalui dasar dan peraturan
yang efektif untuk sektor swasta kerajan memainkan peranan sebagai pemudah cara
dalam menyediakan persekitaran yang sesuai kepada sektor swasta. Di samping
itu, peralihan dalam perbelanjaan sektor awan daripada infrastruktur fizikal
kepada bukan fizikal terutama dalam program peningkatan kemahiran, penyelidikan
dan pembangunan (R&D), pembiayaan modal teroka dan pemboleh inovasi yang
lain.
RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2016 – 2020)
Rancangan Malaysia Kesebelas telah dibentangkan pada 21
Mei 2015. Rancangan Malaysia Kesebelas dilihat menjadi transformasi terakhir
dalam matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi
menjelang Wawasan 2020. Bagi merealisasikan Rancangan Malaysia Kesebelas Transformasi Nasional
merupakan falsafah dan tunjang utama. Terdapat enam program ysang dirancang dan
yang akan dilaksanakan didalam Transformasi Nasional antaranya Transformasi
Kerajaan, Transformasi Ekonomi, Transformasi Politik, Transformasi Komuniti,
Transformasi Sosial dan Transformasi Fiskal.
Rancangan Malaysia Kesebelas telah menyediakan enam
strategi tumpuan antaranya memperkukuhkan inklusiviti ke arah masyarakat
sakasama. Kedua, meningkatkan kesejahteraan rakyat. Ketiga,meningkatkan
pembangunan modal insanuntuk negara maju. Keempat, menuju ke arah hijau bagi
meningkatkan kemampatan dan daya saing. Kelima, memperkukuhkan infrastruktur
bagi menyokong pertumbuhan ekonomi. Akhir sekali, memperkasa pertumbuhan
ekonomi untuk peningkatan kemakmuran.
Bagi memastikan enam strategi
Rancangan Malaysia Kesebelas mencapai
matlamatnya, pelaksanaan pelaksanaan Game
Changer telah dirancang sebagai satu
lonjakan yang signifikan antara nya menigkatkan produktiviti, menjana kekayaan
melalui inovasi, mempertingkatkan peratusan masyarakat kelas menengah,
menteraskan pendidikan dan latihan teknikal TVET.